Juara Tangkis mula saingan peringkat kumpulan

Oleh Staff Writer 20 Disember 2019 192
Juara Tangkis mula saingan peringkat kumpulan
Kalendar hujung tahun badminton Malaysia dihangatkan dengan penganjuran Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah yang menampilkan bakat remaja di luar program kebangsaan menerusi pertembungan berpasukan campuran membabitkan lapan pasukan diketuai mentor berstatus legenda.

Usaha yang diumumkan Oktober lalu hasil cetusan idea ketua jurulatih, Rashid Sidek, itu kini sudah memasuki fasa penting.

Nama tenaga dalam barisan kejurulatihan pastinya mengundang keterujaan seperti bekas tonggak skuad Piala Thomas 1992, Cheah Soon Kit, dan ketika ini, saingan peringkat kumpulan yang melibatkan lapan pasukan telah bermula menjelang cabaran sebenar Ahad ini.

"Kebanyakan pemain yang ada kami dapatkan daripada setiap negeri dan inilah peluang mereka untuk tunjukkan bakat. Mungkin sebelum ini tiada peluang. Jika mereka bagus, saya boleh serapkan ke dalam kelab saya," kata Rashid.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen