Perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven, akhirnya berpeluang mencipta kebangkitan selepas lebih setahun ditunjukkan jalan keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Difahamkan, dia akan mendapat lampu hijau untuk beraksi dalam Kejohanan Terbuka Switzerland bulan depan susulan penarikan diri lapan pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Dalam satu temu bual Nadi Arena hari ini, dia berkata: "(Penyertaan dalam Terbuka Switzerland) amat bermakna buat saya, terutama selepas saya tidak menyertai kejohanan antarabangsa lebih daripada setahun.

"Jadi, saya amat teruja untuk kembali beraksi di peringkat antarabangsa."

Ditanya mengenai presitasi semasanya, dia menambah: "Saya tidak fikir saya ada keraguan mengenainya dan sudah pasti apabila ada peluang, saya hanya akan memberikan yang terbaik.

"Buat masa ini, saya rasa ia bergantung kepada hari perlawanan itu. Sesiapa yang bermain dengan baik lebih layak menang."