Jin Wei tekad kembali ke tahap terbaik

Oleh Ammar Hakim 28 Julai 2020 96
Jin Wei tekad kembali ke tahap terbaik
Dahulu nombor satu negara yang dijulang kini ranking dunianya jauh terperosok ke angka ratusan, juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, berkongsikan mengenai pembedahan usus yang dijalani Oktober tahun lalu.

Pernah dicanang sebagai permata perseorangan wanita Malaysia dengan kemuncak ranking dalam kelompok 25 terbaik dunia, namun perjalananannya terhenti seketika apabila mengalami beberapa siri masalah di bahagian perut sehingga ia disahkan mengalami masalah usus dan menjalani pembedahan bagi menyelesaikan penyakit yang dihadapinya.

Terpaksa berehat panjang menyaksikan status ranking Jin Wei menjunam sehingga ke kedudukan ke-138 dunia.

"Sebelum pembedahan, saya telah menjalani persiapan hingga telah berputus asa untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik. Kini ranking telah jatuh ke-138 dunia, ia agak mengecewakan dan kini saya telah kembali ke tahap terbaik dan berharap untuk terus meningkatkan lagi prestasi saya ketika tiada kejohanan dipertandingkan ketika ini," kata Jin Wei.

Gelaran juara Sukan SEA , serta dua kali dinobat sebagai juara remaja dunia tidak bermakna kehidupan dia mudah di bawah ketua jurulatih baru perseorangan wanita negara, Indra Wijaya terutama untuk mendapatkan tempat dalam skuad ke Piala Uber Oktober ini.

"Ranking bukanlah segala-galanya tetapi saya akan membuktikan kepada jurulatih kemampuan saya dalam sesi latihan," kata Jin Wei.

Ketika nama Jin Wei malap, sahabat karibnya, S. Kisona semakin menyinar sekaligus menghadirkan persaingan sihat buat Jin Wei untuk kembali ke tahap terbaik.

"Persaingan sihat adalah penting dalam setiap pasukan, tetapi saya perlu memberikan tumpuan kepada prestasi diri sendiri."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen