Jelajah Dunia: Hasrat kemenangan Aaron-Wooi Yik belum tertunai 

Oleh Penulis Jemputan 12 Disember 2019 5274
Jelajah Dunia: Hasrat kemenangan Aaron-Wooi Yik belum tertunai 
Masih segar daripada kemenangan pingat emas Sukan SEA 2019, beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, belum bersedia dalam Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Guangzhou, China setelah tewas kepada Lee Yang-Wang Chi Lin dalam aksi kedua Kumpulan B hari ini.

Aaron-Wooi Yik, yang juga membantu pasukan lelaki negara merangkul perak di Filipina, terpaksa bergegas ke kejohanan hujung musim itu yang melibatkan lapan beregu terbaik dunia.

Setelah tewas dalam aksi pertama kepada beregu Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan, semalam, kali ini mereka bertemu lawan di ranking ketujuh dunia dari Taiwan, namun beregu negara itu terus kurang bernasib baik apabila tewas tipis 20-22. 

Berbekalkan semangat positif daripada Sukan SEA, persembahan cemerlang yang diterapkan wakil Malaysia itu dalam set seterusnya walaupun perlu menunggu sehingga meraih kemenangan 23-21. 

Nyata, segala kudrat yang digunakan mereka memberi impak besar dalam set penentuan apabila mereka kelihatan sedikit kepenatan yang menyaksikan Lee Yang-Chi Lin mengambil kesempatan untuk mengumpul mata penting, seterusnya memastikan kemenangan 21-14 berpihak kepada mereka. 

Aaron-Wooi Yik akan berjumpa satu lagi beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, dalam aksi terakhir kumpulan esok. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen