Iskandar Zulkarnain Zainuddin tidak lagi hanya memikirkan keperluan diri sendiri untuk terus mencipta kebangkitan ketika dua jurulatih negara memainkan peranan begitu besar dalam kerjayanya ketika ini

Iskandar pulang hampa daripada siri kejohanan di Eropah dalam saingan bertaraf cabaran dan siri antarabangsa.

Permulaan baik daripda kekalahan dalam separuh akhir kepada Kento Momota dalam Terbuka Belgium gagal diteruskan.

Tersungkur dalam pusingan pertama di Poland dan Republik Czech, ia senario yang menyaksikan dia hilang status kedua terbaik selepas Datuk Lee Chong Wei di tangan rakan sepasukan, Lee Zii Jia.

“Tahun ini agak mengecewakan untuk saya. Dalam lima kejohanan, saya tersingkir awal. Selepas berbincang dengan jurulatih, saya akan cuba memberikan yang terbaik bagi kejohanan akan datang,” katanya.

Atas dasar itu, Iskandar menegaskan keperluan untuk dia membalas budi serta kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, dan Hendrawan.

“Misbun dan Hendrawan telah memberikan sokongan bahawa saya masih belum pada tahap terbaik, ini akan menjadi pendorong saya untuk terus cemerlang pada masa akan datang.”