Iskandar bebas daripada 'penyakit' -- Misbun

Oleh ` 20 November 2017 289
Iskandar bebas daripada 'penyakit' -- Misbun
Kejayaan perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, muncul juara Cabaran Antarabangsa Malaysia dilabel sebagai bebas daripada 'penyakit' yang membelenggunya sebelum ini.

Kata-kata penuh makna ini diluahkan oleh ketua jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek, sebagai menggambarkan kepuasannya apabila Iskandar sudah mampu mengenal apa yang dicarinya selama ini.

Ia bukan kejuaraan dalam kejohanan besar, namun cukup untuk menggambarkan Iskandar bakal berwajah baru dan lebih konsisten selepas ini.

Selepas lima bulan bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Misbun kini lebih arif dengan kelebihan dan kelemahan Iskandar yang dilihat gagal digarap dengan sempurna sebelum ini.

"Iskandar seorang pejuang. Kami perlu sentiasa memberikan sokongan, sentiasa mendorongnya dan memberikan hala tuju kepadanya," katanya.

Misbun turut menegur sikap sambil lewanya dalam latihan yang tidak akan sesekali membantu Iskandar mahupun pemain lain maju ke peringkat yang lebih tinggi jika dibiarkan.

Apatah lagi mereka memiliki banyak kejohanan penting yang perlu dilunaskan tahun depan, yang turut membawa maksud tiada masa untuk berehat selepas Malaysia jauh ketinggalan dengan negara pencabar yang lain.

"Malas adalah satu penyakit yang tidak memiliki penawar. Pemain itu sendiri harus memberikan komitmennya dalam sesi latihan bagi memastikan dirinya bebas daripada masalah ini," katanya lagi.

Tentang Penulis

`
`

Komen