Hajat Peng Soon-Yee See untuk gelaran kedua tidak tertunai

Oleh Penulis Jemputan 11 November 2017 903
Hajat Peng Soon-Yee See untuk gelaran kedua tidak tertunai
Harapan gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, untuk mara ke final Grand Prix (GP) emas Terbuka Macau tidak kesampaian selepas terkandas dalam separuh akhir kepada wakil dari China, hari ini. 

Aksi separuh akhir dengan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong itu merupakan pertemuan pertama kedua-dua beregu itu. 

Sungguhpun Peng Soon-Yee See berada di ranking lebih rendah, namun ia tidak menghalang gandingan negara untuk memberi saingan pada awal set sehingga mengikat kedudukan 7-7. 

Jangkaan untuk menyaksikan aksi melawan tidak kesampaian apabila pasangan beregu dari China itu terus mengutip mata demi mata untuk kemenangan 21-12 dalam set pertama. 

Skrip sama terus dijelmakan dalam set kedua walaupun ada usaha dipamerkan Peng Soon-Yee See yang pada suatu ketika mengekori rapat 11-10. 

Bagaimanapun, Peng Soon-Yee See yang baru digandingkan sejak Mei lalu hanya berjaya menambah dua mata selepas itu untuk akur misi mereka setakat di peringkat separuh akhir dengan ulangan keputusan 21-12 dalam set kedua. 

Peng Soon-Yee See mencipta kejutan apabila memenangi Terbuka Russia, Julai lalu. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen