Dua beregu wanita negara, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan-Meng Yean Lee menemani Liew Darren ke separuh akhir Taiwan Masters selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing.

Yin Loo-Cheng Wen menewaskan pasangan tuan rumah dan pilihan kedua kejohanan, Poon Look Yan-Tse Ying Suet 11-5, 11-9, 11-4 dalam tempoh 25 minit.

Sementara itu, Mei Kuan-Meng Yean terpaksa menempuh aksi lima set untuk menewaskan pasangan Jepun, Ayako Sakuramoto-Yukiko Takahata 15-14, 13-11, 9-11, 9-11, 11-9 dalam tempoh satu jam 14 minit.

Pemain perseorangan negara, Liew Darren, terlebih dahulu mengesahkan slot ke separuh akhir selepas membenam wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, 11-8 11-3 11-2.

Seorang lagi perseorangan negara, Tan Chun Seang, terkandas apabila tewas kepada pilihan pertama kejohanan, Hsu Jen Hao, 6-11, 11-4 13-15 11-5 11-9.

Turut tersingkir, pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi yang dikecewakan wakil Thailand, Pornpawee Chochuwong 11-6, 11-7, 11-6.