Di dunia ada seorang Chong Wei sahaja -- Boon Heong

Oleh Shaiful Shamsudin 28 Februari 2021 6457
 Di dunia ada seorang Chong Wei sahaja -- Boon Heong
Bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong, sememangnya tidak berselindung tentang sejarah hitam ketika bergelar pemain di Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dia dan gandingannya, Koo Kean Keat, meraih kegemilangan dalam Terbuka Malaysia, Switzerland, Denmark dan Seluruh England sepanjang 2007 sebelum meninggalkan badan induk itu, lapan tahun kemudian, dengan beberapa kontroversi terhadap prestasi mereka. 

"Saya mengaku tidak ada disiplin, besar kepala dan tidak mahu dengar orang cakap," katanya di laman Facebook @MMTBadTalk bersama Tan Boon Heong, semalam,  sebelum bertanya adakah 
Hafiz Hashim sudah dikaburi wang selepas kejayaannya. 

Hafiz yang kini menggalas peranan sebagai jurulatih B-15 negara melalui karier selama 12 tahun sebelum memutuskan persaraannya pada 2012. 

 
Posted by Tan Boon Heong 陈文宏 on Saturday, February 27, 2021


Anak buah Datuk Misbun tersebut turut mengecapi kejayaan Seluruh England pada 2003 selain kejayaan menundukkan Peter Gade di pentas akhir Terbuka Switzerland 2005. 

"Saya disiplin OK cuma lepas menang besar (Seluruh England), jangkaan orang ramai lagi tinggi. 

"Mereka mahu saya memenangi Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik. 

"Lagipun saya sudah dilanda kecederaan, (terpaksa) tumit (menjalani) pembedahan. 

"Masa tidak boleh undur balik," katanya. 

 

抽獎活動倒數5天喔~ 欢迎追踪BadTalk IG: https://instagram.com/mmtbadtalk?igshid=vaaj9i6qgng8 欢迎订阅BadTalk Youtube:https://youtube.com/channel/UCNuyauvh2W7fH6exQ3QhjQw

Posted by 谈天说羽 BadTalk on Saturday, February 27, 2021


Boon Heong kemudian bertanyakan sekiranya mereka ketika ini berumur 19 tahun, apakah yang mereka akan lakukan dalam karier.

Jawab Hafiz ringkas: "Latihan tak cukup fokus. Curi ayam."

Dalam temu bual itu, pemain yang pernah membentuk beregu bersama bintang Indonesia, Hendra Setiawan, berkenaan berkata penekanan mereka dalam topik kali ini ialah disiplin.

"Di dunia ada satu juara sahaja, susah mnahu jadi macam Datuk Lee (Chong Wei) yang disiplinnya memang kena 'kaw' punya.

"Saya pernah tanyanya, 'Datuk, esok pukul berapa mula berlatih dan jawabnya 5.30 pagi. 

"Saya ikut dia berlari pada hari pertama tapi hari kedua, saya sudah tidak nampak, hilang.

"Mental tidak boleh (ikutnya). Sebab itu Datuk Lee seorang sahaja."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen