Daren dalam perancangan dipilih ke Piala Thomas

Oleh Muzaffar Musa 1 September 2020 167
Daren dalam perancangan dipilih ke Piala Thomas
Perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren, berada dalam perancangan fasa akhir Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk dipilih ke Kejohanan Piala Thomas di Aarhus, Denmark bulan depan.

Difahamkan dia dan lima lagi perseorangan lelaki negara telah dipilih untuk menyertai kem bina semangat selama empat hari di Pulau Tioman bermula Khamis ini.

Ketika ini, perebutan empat tiket acara perseorangan lelaki untuk ke Denmark sedang berlangsung hangat di antara Daren dan Soong joo ven daripada kem profesional manakala Lee Zii Jia mengetuai barisan di bawah naungan BAM termasuk Cheam June Wei, Leong Jun Hao dan Ng Tze Yong.

"Saya tidak terlalu banyak berfikir kerana saya hanya berlatih seperti biasa, jadi kalau dapat peluang untuk pergi, saya akan berusaha dan sekiranya tidak, saya tetap berlatih seperti biasa," kata Daren kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani.

Mengenai peningkatan prestasi skuad perseorangan lelaki negara, Daren menambah: "Sebenarnya, saya tidak terkejut (dengan peningkatan prestasi perseorangan lelaki) kerana saya sudah nampak kualiti yang dimiliki pemain muda negara.

"Saya harap mereka boleh meningkat lagi.

"Ada enam orang (pemain perseorangan) yang menyertai kem bina semangat, jadi saya harap sewaktu kem ini, kami dapat menjadi lebih bagus," katanya lagi.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen