Covid-19: Keluarga jadi keutamaan Peng Soon 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 April 2020 588
Covid-19: Keluarga jadi keutamaan Peng Soon 
Keluarga menjadi kegusaran lebih penting buat beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon, berbanding soal wang ringgit penajaan yang mungkin terjejas akibat penularan koronavirus baru (Covid-19).

Ini kerana dia dan isterinya dijangka bakal menimang cahaya mata pada bulan demi. 

"Ketika ini isteri saya masih perlu menjalani pemeriksaan rutin jadi saya perlu menghantarnya ke hospital.

"Tetapi saya sekadar menunggunya di dalam kereta kerana langkah ini lebih selamat. 

"Kalau saya ikut masuk, mungkin lebih berisiko," katanya ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Posted @withregram • @liningmal It’s the 14th day of RMO (Restricted Movement Order). How’s everyone? Here are some gentle reminder : Have you warmed up your car engine? Have you restocked your groceries? Have you checked your racquet string? Be ready for your next game people! Li-Ning No.1 String is made in Japan with long term durability and it's a perfectly high repulsion string for your racquet. You’ll hear the amazingly crisp sound with your every hit! @iskandar.zulkarnain91 @m_m_t_7 @janicewoon @pschan88 @gohliuying @ongyewsin @ee_yi_111 #liningmal #liningteam #liningbadminton #liningstring #badmintonstring #LiNingTeamRMOChallenge

A post shared by 陈炳顺Chan Peng Soon (@pschan88) on



Bapa kepada tiga anak itu, bagaimanapun, lega tidak begitu tergugat daripada segi penajaan ekoran pandemik itu hingga mendorong Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menggantung semua kejohanan sehingga Julai depan. 

"Li Ning sudah berjanji akan terus mengikat kami selama setahun lagi.

"Yang lain-lain pula, mereka pasti tidak senang duduk ketika ini. 

"Tetapi saya tidak mahu mengganggu mereka," katanya lagi. 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen