Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu mencari jalan dalam membantu pemain negara selepas jaguh perseorangan lelaki kebangsaan, Lee Zii Jia, meluahkan situasinya yang jemu berikutan tidak dapat ke gelanggang.

Kegusaran serius dan sudah ada perancangan untuk bantu aset-aset terbaik mereka untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa keempat angkara wabak novel koronavirus (Covid-19).

"Kalau situasi ini berpanjangan, ia akan memberi kesan kepada pemain.

"Apa yang diluahkan Lee Zii Jia memang masuk akal, kami mengambil berat dan bimbang dengannya.

"Tetapi situasi ini tidak dapat dielakkan dan kami berharap ia cepat berakhir," kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann.




Justeru, beliau mengakui aspek kesihatan mental pemain juga tidak boleh diabaikan dalam mencari kaedah terbaik agar sentuhan pemain tidak terus berkarat.

"Kami sentiasa mengadakan perbincangan dengan pakar psikologi dan barisan kejurulatihan.

"Kami cuba mencari jalan untuk menghilangkan kebosanan pemain memandangkan latihan mereka agak terhad," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, hari ini.