Covid-19: BAM arah kerja perbersihan, pembasmian di ABM

Oleh Ammar Hakim 16 Mac 2020 39
Covid-19: BAM arah kerja perbersihan, pembasmian di ABM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula perangi Covid-19 dengan menggantung program latihan pemain badminton negara selain menggantung program latihan, BAM juga bertindak melakukan kuarantin terhadap skuad yang baru pulang daripada kempen di Eropah.

Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara akan ditumpukan kepada gelanggang latihan serta gimnasium.

Difahamkan BAM juga sudah mengkhaskan tingkat tujuh asrama akademi sebagai zon kuarantin individu yang mengharungi kempen di Eropah seperti kejohanan Seluruh England sepanjang 14 hari bermula Sabtu lalu.

"Kami mempunyai ramai pemain yang berkumpul di sini. Jadi kami mengambil langkah pembasmian bagi mengelak penularan wabak covid-19 dan beberapa atlet yang pulang daripada saingan Seluruh England akan dikuarantin selama 14 hari," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen