Covid-19: Badminton Terbuka Amerika Syarikat ditangguhkan

Oleh Bernama 28 April 2020 36
Covid-19: Badminton Terbuka Amerika Syarikat ditangguhkan
Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 28 Jun di Fullerton, Carlifornia telah ditunda akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan keputusan itu dibuat selepas konsultasi dan persetujuan bersama Badminton USA.

“BWF menerima kesemua yang berkaitan, kesihatan, keselamatan dan risiko logistik telah dipertimbangkan oleh penganjur kejohanan.

“Ingatan kami bersama dengan semua yang telah terjejas, akibat pandemik global ini dan kami mengalakkan orang ramai untuk terus duduk di rumah dan kekal selamat,” kata wakil BWF.

Terbuka Amerika Syarikat 2020 merupakan satu kejohanan Super 300 dalam kalendar Jelajah Dunia BWF yang menawarkan hadiah keseluruhan US$170,000 (RM741,954).

-- BERNAMA

Tentang Penulis

Bernama

Komen