Covid-10: Kes positif babitkan pemain kebangsaan mampu jejas persiapan ke Tokyo

Oleh Ammar Hakim 21 April 2021 202
Covid-10: Kes positif babitkan pemain kebangsaan mampu jejas persiapan ke Tokyo
Kes positif Covid-19 membabitkan pemain badminton kebangsaan berupaya menjejaskan persiapan bagi mereka yang akan ke Sukan Olimpik Tokyo.

Ini pada waktu terbit kebimbangan ada pertambahan kes daripada enam yang dilaporkan positif 17 April lalu.

Bekas pengarah prestasi tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, berkongsi pandangan impak perkembangan tersebut kepada Shahrazad Sani.

Difahamkan BAM sudah menggantung program latihan skuad senior dan remaja negara sehingga 24 April ini.

Pemain diuji negatif yang berpangkalan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) diarahkan menjalani kuarantin secara bersendirian.

Program negara menuju Olimpik Tokyo dan dan juga persiapan menjelang Terbuka Malaysia hujung Mei ini paling terkesan jika ada pertambahan kes di ABM.

"Saya sangat terkejut dengan peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat jadi saya berasakan perkara ini bukan perkara yang baik dalam usaha untuk membuat persiapan ke Sukan Olimpik," kata bekas pengarah prestasi BAM, Datuk James Selvaraj.

Sementara itu, perseorangan profesional, Soong Joo Ven menyuarakan simpati kepada rakan dalam skuad kebangsaan.

Dalam masa sama menjadi iktbar kepada atlet di luar prorgam kebangsaan untuk terus menjaga diri daripada risiko dijangkiti Covid-19.

Walaupun buat Liek Hou yang berada dalam program imunisasi Covid-19 kebangsaan buat atlet.

"Saya sangat bersimpati dengan mereka ketika ini, saya berharap mereka dalam keadaan yang baik dan mendapat jalan penyelesaian yang baik," kata Joo Ven.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen