Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa melupakan hasrat ke separuh akhir Final Siri Super Dubai 2016 apabila tewas dalam aksi ketiga Kumpulan B berdepan wakil Denmark, Viktor Axelsen.

Chong Wei memerlukan kemenangan kedua selepas berjaya menenggelamkan cabaran Angus Ng Ka Long sebelum ini bagi menemani Son Wan Ho ke peringkat seterusnya.

Set pertama menjadi milik Chong Wei dengan kemenangan 21-14.

Bagaimanapun, Chong Wei tidak mampu mengekalkan momentum di set kedua apabila tewas 14-21.

Memasuki set penentuan, kesilapan yang kerap dilakukan Chong Wei buka peluang buat Axelsen melakar kemenangan 21-19..

Ini merupakan kekalahan kedua Chong Wei di Final Siri Super Dubai selepas tewas di aksi pertama berdepan wakil Korea, Son Wan Ho.