Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara Cabaran Antarabangsa Malaysia 2016 selepas menewaskan wakil Taiwan dalam final.

Soon Huat-Shevon mengatasi Yang Po-Hsuan-Hao Yun Wen 21-13, 21-17 dalam tempoh kurang setengah jam.

Soon Huat, yang sebelum ini beraksi selaku pemain perseorangan, mempamerkan corak permainan yang matang dalam kejohanan yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Gandingannya bersama Shevon nyata berkesan apabila mara ke final dengan kesemuanya hasil kemenangan straight sets.

Pasangan muda negara itu memberi bayangan mampu menjadi pelapis beregu campuran yang ketika ini diterajui Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.