Boon Heong cipta akademi sendiri

Oleh Staff Writer 14 Disember 2019 2618
Boon Heong cipta akademi sendiri
Bekas juara beregu lelaki Seluruh England, Tan Boon Heong, melancarkan usaha untuk membantu industri badminton Malaysia.

Tatkala skuad beregu lelaki kebangsaan yang diketuai Aaron Chia-Soh Wooi Yik bergelut untuk memacu misi negara di pentas antarabangsa, Boon Heong yang masih aktif sebagai pemain profesional melancarkan akademinya sendiri hari ini.

Dia akan membentuk program buat pemain remaja untuk diserap ke Akademi Badminton Malaysia.

"Kami sasarkan sekitar 500 pemain untuk akademi, daripada usia 15 tahun. Saya harap kami boleh wujudkan lebih ramai pemain hebat buat negara, menghantar ke BAM dan membantu kem kebangsaan," katanya.

Dalam masa sama, dia turut berkongsi pandangan terhadap kejayaan Aaron dan Wooi Yik yang memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Filipina sambil mengharapkan ia menjadi permulaan kepada satu kerjaya yang istimewa buat mereka.

"Jangan fikir sudah cukup. Masih banyak kejohanan lagi perlu fokus. Mereka masih muda, jadi saya harap mereka sentiasa fokus. Juara tetap juara, jadi mereka mendapat keyakinan. Ketika ini, saingan beregu tidak begitu stabil, jadi semua berpeluang."

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen