Keberkesanan sesi latihan skuad badminton wanita negara di Thailand minggu lalu akan diuji ketika menentang Jepun dalam perlawanan Kumpulan W, Kejohanan Berpasukan Asia di Filipina petang esok.

Pemain perseorangan, Soniia Cheah dan S. Kisona, antara yang memperoleh pengalaman berharga di Thailand.

Sesi latihan bersama kelompok pemain terbaik dunia itu dilihat mampu meningkatkan kekuatan mental mereka untuk mengatasi Jepun dalam perlawanan pembukaan berkenaan.

Bagi Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Maysia (BAM), Wong Choong Hann, misi di Thailand itu boleh dianggap berjaya dalam membuka mata setiap pemain.

"Daripada sesi penilaian semula yang kami lakukan selepas latihan itu, setiap pemain memberikan banyak cadangan baru.

"Daripada segi membuka mata mereka, matlamat itu sudah tercapai.

"Kami berharap kesannya akan menjadi lebih menonjol selepas ini.

"Tentang seberapa banyak kesannya, ia mungkin ada tetapi tidak terlalu ketara.

"Tetapi saya harap mereka dapat mempamerkan permainan yang lebih hebat selepas ini," katanya.



Editor: Muzaffar Musa