BAM tidak terburu-buru sambut Chong Wei di gelanggang 

Oleh Staff Writer 10 Disember 2018 142
BAM tidak terburu-buru sambut Chong Wei di gelanggang 
Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, tidak terkejut jika Datuk Lee Chong Wei memerlukan masa yang lebih lama daripada bulan depan untuk membuat kemunculan semula di gelanggang latihan.

Berdasarkan kenyataan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chong Wei dijangka kembali berlatih di Akademi Badminton Malaysia sebelum hujung tahun ini.

"Pergerakan yang banyak akan memakan banyak kudratnya, dengan itu kesihatannya akan terganggu.

"Mungkin dia sudah mula melakukan senaman seperti berlari dan latihan mengangkat beban. 

"Saya sebenarnya percaya dia sudah pun mula melakukan persiapan. 

"Saya tidak terkejut dan tidak menjangkakan apa-apa. Hanya Chong Wei sahaja yang tahu (keadaan fizikalnya). 

"Tetapi, saya tiada masalah kalau dia ingin mengambil masa yang lebih lama (untuk membuat kemunculan semula).

"Kami menghormati keputusannya dan yang penting adalah keinginannya untuk memasuki gelanggang. 

"Itu adalah kekuatan yang amat luar biasa dalam dunia badminton ini," jelas Misbun. 

Bagaimanapun, bekas perseorangan nombor satu dunia itu akur dengan nasihat pakar perubatan yang memaksa dia menangguhkan hasrat untuk berbuat demikian sehingga awal tahun depan.

Misbun, bagaimanapun, berpendapat bulan depan adalah senario terbaik buat Chong Wei memandangkan terdapat kemungkinan berlaku lagi penangguhan dalam misi dia kembali ke pentas kompetitif.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen