BAM tidak perlu pembantu jurulatih profil tinggi 

Oleh Shaiful Shamsudin 16 Disember 2020 187
BAM tidak perlu pembantu jurulatih profil tinggi 
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengelak pelantikan berprofil tinggi apabila menamakan Tan Bin Shen sebagai jurulatih beregu lelaki.

Pelantikan itu menyaksikan Hoon Thien How diserapkan ke beregu wanita untuk membantu Chan Chong Ming pula.

"Dia pernah mewakili negara dan memenangi beberapa kejohanan. 

"Dia (Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann) percaya Tan Bin Shen boleh bekerjasama dengan ketua jurulatih. 

"Dia berperanan sebagai pembantu. Dia hanya melaksanakan program yang dirancang oleh ketua jurulatih (Flandy Lempele). 

"Tidak perlu kami ambil individu berprofil tinggi untuk jawatan pembantu jurulatih dan kami berasakan dia orang yang sesuai," kata Setiausaha Agung BAM, Kenny Goh, ketika dihubungi Astro Arena, hari ini. 

Badan pengelola badminton negara itu minggu lalu mengesahkan Rosman Razak, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty dalam struktur kejurulatihan kem negara. 


 

Memories 4 years ago 😎 Muar City BC 💪💪💪 #purpleleague #championchallenge #champion

Posted by Tan Bin Shen on Friday, January 17, 2020

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen