BAM tidak boleh tanggung penumpang dalam skuad kebangsaan

Oleh Staff Writer 13 Disember 2018 471
BAM tidak boleh tanggung penumpang dalam skuad kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak lagi boleh menanggung penumpang dalam skuad kebangsaan andai mahu keluar daripada kemerosotan prestasi meskipun perlu melakukan keputusan sukar.

Kualiti dan bukan kuantiti menjadi agenda BAM dalam pembentukan semula skuad kebangsaan bermula tahun depan.

Disebabkan itu, pemain-pemain senior seperti beregu lelaki, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, juga tidak terselamat daripada digugurkan andai gagal memulihkan prestasi dengan segera.

Hanya yang terbaik daripada kalangan bakat muda akan dikekalkan di Akademi Badminton Malaysia sambil memberikan peluang buat kelab-kelab tempatan dan barisan pemain profesional membuktikan kewibawaan.

"BAM bukan lagi satu-satunya kilang mengeluarkan pemain.

"Dengan adanya pemain-pemain di luar, kami menggalakkan kelab-kelab lain untuk menghasilkan pemain-pemain yang baik.

"BAM hanya akan melabur kepada bakat-bakat muda terbaik yang sanggup menunjukkan perwatakan untuk pergi labih jauh," kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.  

Badan induk itu turut menerima Anugerah Khas daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam malam anugerah ke-25 persatuan itu, malam tadi.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen