BAM sediakan latihan khas buat Chong Wei

Oleh Penulis Jemputan 8 November 2018 180
BAM sediakan latihan khas buat Chong Wei
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai, akan berbincang dengan barisan kejurulatihan perseorangan lelaki negara bagi merangka program khusus buat Datuk Lee Chong Wei berlandaskan keadaan kesihatannya.

Meskipun sudah diisytihar bebas daripada kanser hidung, Chong Wei masih perlu meneruskan rawatan di Taiwan tiga bulan sekali.

Selain itu, BAM juga perlu mengkaji kejohanan yang sesuai buat Chong Wei untuk dia mengutip mata bagi mengekalkan kedudukan terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Kami perlu merencanakan latihan istimewa buat Chong Wei. Kami akan berbincang dengan barisan kejurulatihan serta mendapatkan rakan sepelatih bagi meningkatkan semula tahap kecergasannya. Kami akan memberikan sokongan kepada Chong Wei sebaik mungkin," kata Chin Chai.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen