BAM sediakan bajet bagi anjur Terbuka Malaysia

Oleh Ammar Hakim 19 Februari 2021 118
BAM sediakan bajet bagi anjur Terbuka Malaysia
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah siap dengan segala kemungkinan terutamanya tentang bajet untuk menganjurkan Terbuka Malaysia 2021 yang telah ditunda 25 Mei depan.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh juga menjelaskan tiada paksaan buat barisan pemain yang enggan menyertai kejohanan Seluruh England selain menyifatkan ia sebagai satu strategi dalam memburu mata Sukan Olimpik.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan tarikh baru saingan Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung akhir Mac, akan membuka tirai 25 Mei sehingga 30 Mei.

Dalam jangka masa lebih dari sebulan, Kenny menjelaskan BAM bersedia mengambil kira setiap kos yang perlu ditanggung daripada segi keselamatan pemain, jurulatih dan pegawai.

"Kami memilih tarikh bukan perkara mudah. Ini adalah yang terbaik buat Terbuka Malaysia dalam masa sama masih dalam tempoh bagi meraih mata kelayakan ke Sukan Olimpik," kata Kenny.

Selain itu, kejohanan Seluruh England akan diberi keutamaan buat pemain yang ingin memperbaiki ranking dunia mereka, tiada paksaan kepada pemain yang sedang memberi fokus dalam memburu mata kelayakan Olimpik.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen