Skuad badminton remaja kebangsaan gagal mencipta impak dalam saingan peringkat Asia serta dunia bagi tahun ini walaupun sebelum ini tiada sebarang masalah untuk menempatkan diri dalam kalangan terbaik.

Tahun lalu, Goh Jin Wei muncul juara dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas menewaskan Line Christophersen dari Denmark dalam final di Markham, Kanada.

Justeru, kegagalan yang dialami memaksa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyiapkan perancangan terperinci dalam usaha memperbaiki kelemahan yang wujud dan ketika ini, satu bengkel sedang berlangsung untuk mencongak hala tuju pemain negara.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.00 dan 11.00 malam ini.