Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengesahkan jurulatih tempatan bakal menggantikan Wong Tat Meng untuk mengendalikan barisan pemain perseorangan lelaki negara selepas dia mengambil keputusan menerima tawaran Persatuan Badminton Scotland.

"Bila kita di peringkat atas, adalah penting untuk mempertahankan kedudukan tersebut.

"Untuk itu, kami harus mempersiapkan pemain-pemain dalam keadaan yang lebih baik lagi," tegas beliau.

Segala perancangan dan strategi baru telah pun dirangka dan akan diumumkan oleh Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost, dalam masa terdekat.

"Kami memerlukan masa beberapa hari lagi untuk memperincikan terma-terma kontrak untuk beliau (pengganti Tat Meng) ke BAM.

"Kami juga mahu melihat sama ada penyusunan kejurulatihan adalah langkah yang perlu dilakukan."