Waktu buat badminton Malaysia mencabar kejuaraan utama dunia sebagai tuan rumah akan kembali satu hari nanti.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak bidaan untuk menganjurkan Kejohanan Dunia, Piala Thomas, Piala Uber dan Piala Sudirman bagi tempoh 2019 sehingga 2025.

Pandangan itu diluahkan Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, yang akur dengan keperluan untuk terlebih dahulu membentuk skuad kebangsaan berkualiti.

Pulangan Malaysia sebagai tuan rumah dalam acara elit dunia tidak membuahkan hasil yang menyaksikan dalam kempen Piala Thomas 2010, skuad negara yang turut menyenaraikan Choong Hann tersingkir dalam separuh akhir.

Sementara itu, dalam Piala Sudirman 2013, situasi lebih kecewa berlaku apabila skuad berpasukan campuran negara diaibkan di laman sendiri selepas ditunjukkan jalan keluar seawal peringkat kumpulan.

"Sesekali elok juga untuk menganjurkan kejohanan utama, namun sudah tentu ia bergantung kepada situasi juga.

"Yang pertama: ia bergantung kepada keupayaan barisan pemain kita untuk memberikan cabaran manakala yang keduanya, sebaik sahaja kami memiliki gabungan pemain yang matang dan muda yang boleh mencabar trofi.

"Mungkin ketika itulah tempoh terbaik buat kami menganjurkan kejohanan utama kerana daripada segi kewangan, kami sudah bersedia.

"Ada beberapa faktor lagi sebenarnya untuk merebut penganjuran kejohanan utama tetapi bagi kami, biarlah kami menumpukan perhatian kepada prestasi pemain terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, pagi tadi.