BAM bakal umum inisiatif cegah COVID-19 

Oleh Shaiful Shamsudin 7 Oktober 2020 69
 BAM bakal umum inisiatif cegah COVID-19 
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedang memperincikan inisiatif dalam memastikan akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara bebas COVID-19.

Bagaimanapun, belum timbul keperluan untuk menutup pintu akademi buat pemain, jurulatih dan pegawai untuk keluar masuk ke persis kem Road to Tokyo (RTT) itu yang dilaksanakan sejak Julai sehingga Ogos lalu.

"Kami sudah mengadakan perbincangan beberapa hari lalu dan ia di peringkat akhir sebelum kami mengumumkannya dalam masa terdekat ini," kata Ketua Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, ketika ditemui dalam Bengkel Sukan anjuaran Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini. 

Dalam pada itu, pemain negara menyambut baik apa sahaja cadangan BAM untuk membendung wabak berkenaan daripada merebak.

"Saya mencadangkan agar PKP (Perintah Kawalan Pergerakan PKP) diperketatkan memandangkan jangkitan yang semakin merebak di sekitar ibu kota," kata pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Lee Zii Jia. 
 
Begitupun, senior seperti pemain beregu campuran, Tan Kian Meng, berasakan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.

"Saya berasa bimbang berikutan kes semakin banyak di Kuala Lumpur dan Selangor. 

"Kami amat menitikberatkan SOP (prosedur operasi standard) apabila lebih banyak meluangkan masa di hostel. 

"Saya ingin menasihati pemain pelapis agar memberi fokus sepenuhnya kepada latihan. 

"Mereka perlu kurangkan makan di luar dan lebih kerap makan di kafeteria BAM," katanya. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen