Astro Kem Badminton: Sesi pertama di Ajinomoto bermula

Oleh Staff Writer 10 Disember 2018 56
Astro Kem Badminton: Sesi pertama di Ajinomoto bermula
Barisan peserta Astro Kem Badminton 2018 memulakan latihan pertama di Pusat Latihan Ajinomoto di Tokyo, Jepun, hari ini.

Berlangsung di bawah kelolaan barisan jurulatih pasukan remaja Jepun, peserta didedahkan dengan konsep serta disiplin yang baru semasa memulakan latihan pertama.

Ketua Jurulatih, Wong Choong Hann, juga berpendapat pendedahan itu merupakan sesuatu yang bermanfaat buat mereka dalam perjalanan menjadi seorang pemain badminton yang terbaik.

"Dalam sesi pertama hari ini, kami lihat jurulatih dari Jepun mengamalkan latihan fizikal yang lebih keras dan mahu memberikan pemanas badan yang baik untuk peserta-peserta, bermula dengan latihan memegang raket," kata Choong Hann.

Turut berkongsi pendapat yang sama adalah bekas pemain negara, Hafiz Hashim, yang berperanan sebagai jurulatih pengiring daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Apa yang kami lihat, walaupun sedikit kesilapan kecil dilakukan oleh peserta, ia dipandang serius oleh jurulatih dari Jepun. Jadi, kami harus menerapkan peserta agar mengekalkan disiplin itu," ujar Hafiz.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen