Akhir Jelajah Dunia: Axelsen singkir Zii Jia 

Oleh Shaiful Shamsudin 28 Januari 2021 5950
 Akhir Jelajah Dunia: Axelsen singkir Zii Jia 
Viktor Axelsen mempamerkan ketajamannya untuk mendominasi jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Akhir Jelajah Dunia di Thailand, sebentar tadi. 

Tidak seperti pertemuan mereka dalam separuh akhir Seluruh England tahun lalu yang menyaksikan pemain Denmark itu terpaksa memerah keringat sebelum ke pentas akhir, pertemuan di Impact Arena kali ini jelas memperlihatkan dia menguasai segenap aspek permainan.

Axelsen selesa mendahului sejak awal pertarungan malah mendahului 16-2 dalam set kedua sebelum menghadiahkan kekalahan 21-15, 21-4 buat pemain Malaysia itu dalam tempoh 32 minit -- yang kedua buat Zii Jia yang membuat penampilan pertama dalam kempen ini. 

Pertemuan dengan pemain Indonesia, Anthony Ginting, esok sekadar pelengkap jadual buat kedua-dua pemain dalam aksi Kumpulan A. 

 

RESULTS: World Tour Finals Group A #DEN 🇩🇰 Viktor Axelsen (1) def. #MAS 🇲🇾 Lee Zii Jia 21-15 21-4 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Thursday, January 28, 2021
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen