AJC 2018: Wakil Malaysia akur terlepas ke separuh akhir

Oleh Penulis Jemputan 14 November 2018 230
AJC 2018: Wakil Malaysia akur terlepas ke separuh akhir
“Ketahanan mental masih belum berada di tahap terbaik.”

Itu rumusan jurulatih perseorangan lelaki remaja negara, Hafiz Hashim, apabila tiada wakil dari Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Remaja Astro (AJC) B-15 kali ini.

Pasukan tumpuan kejohanan itu, BAM Astro-Kasih, tewas  3-1 kepada kelab dari China, Anhui Soyu.

Kekalahan dua lagi pasukan dari Malaysia, CRC Taipex Penang dan Wolf, juga membuktikan barisan pemain remaja negara masih lagi gagal untuk mengekalkan tahap ketahanan mental walaupun sudah memberi tentangan sengit kepada lawan.

Hafiz, yang juga pengurus pasukan  BAM Astro-Kasih, melabel barisan pemain masih belum matang dalam menangani tekanan di gelanggang.

Sebaliknya, pemain remaja dari China dan Indonesia mempamerkan penguasaan berbeza untuk menafikan misi tiga wakil dari Malaysia ke separuh akhir.

"Kalau dilihat daripada segi fizikal dan teknik, ia agak seimbang tetapi pemain Malaysia kurang daripada aspek mental. Semangat mereka tidak menunjukkan kemahuan yang tinggi.

"Mungkin gentar mengatasi semangat untuk beraksi," kata Hafiz.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen