Umum sedia maklum betapa kerasnya rejim latihan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, malah untuk sesi pemanas badan sahaja.

Pemain terpaksa menukar sehingga tiga helai baju gara-gara kuyup berpeluh.

Perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, mengimbau kembali kenangan berlatih dengan jurulatih itu tahun lalu yang tidak berkompromi biarpun ketika berpuasa.

"Pernah (jalani latihan keras dengannya) tapi saya tetap berpuasa.

"Kalau nampak saya tidak berapa larat, dia akan ringankan sedikit latihan tapi layanannya terhadap semua pemain sama sahaja.


Sepanjang bulan Ramadan ini, aksi #LigaMalaysia2021 akan diteruskan dan ini dia tarikh perlawanan #LigaSuper2021....

Posted by Team Malaysia on Monday, April 12, 2021


"Lepas sahur tahun lalu, saya terus ke gelanggang dan latihan yang kami jalani adalah seperti biasa.

"Kalau waktu pagi memang boleh tahan lagi tapi apabila memasuki jam 10 atau 11 pagi mula la terasa tidak larat.

"Tapi saya tidur sekejap sebelum menyambung latihan sesi petang," katanya naib juara Terbuka Hellas 2019 itu.

Sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei, menyatakan kekagumannya terhadapp seorang rakan sepelatihnya yang tetap berpuasa dan tekun walaupun menjalani latihan keras pada Ramadan.