ABM 100% sedia

Oleh Ammar Hakim 29 Mei 2020 12
ABM 100% sedia
Simulasi kluster program Road to Tokyo (RTT) dilaksanakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyaksikan mereka sudah bersedia menerima dan memastikan keselamatan atlet yang akan melapor diri di kluster Akademi Badminton Malaysia (ABM) bermula Isnin ini.

37 orang termasuk sembilan atlet di bawah program RTT akan terlibat dengan kem latihan di ABM dalam fasa pertama kluster itu.

Ketibaan atlet akan disambut dengan pemeriksaan suhu badan, disusuli mengisi dokumen maklumat serta mengikut penanda jarak yang diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sepanjang berada di ABM.

Mereka juga akan dibekalkan dengan paket sanitasi khas bagi memastikan barang peribadi bebas kuman.

"Ini merupakan simulasi sebelum bermulanya latihan atlet RTT bermula Isnin ini," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen