Wushu: Choon How raih emas kedua

Penulis Jemputan
Disember 2, 2019 02:38 MYT
Atlet wushu negara, Loh Choon How, sekali lagi mempamerkan kemampuannya dalam Sukan SEA 2019 selepas meraih pingat emas kedua menerusi acara taijijian hari ini.
Atlet berusia 26 tahun itu, yang memenangi pingat emas pertama kontinjen negara dalam acara taijiquan semalam, mengutip 9.68 mata untuk mengatasi Jones Llabres Inso (9.65) dari Filipina dan wakil Brunei, Hosea Wong Zheng Yu (9.60) di Pusat Dagangan Dunia, Manila.

Sea Games 2019 Gold ? No 5 Sport : Wushu Event : Men's Taijijian Athlete : Loh Choon How Stage : Final Results : Gold - MAS (9.680) Silver - PHI (9.650) Bronze - SGP (9.550)#KontinjenMALAYSIA #GorForGold#WeWinAsOne pic.twitter.com/qwhamfg2tj

— #TeamMALAYSIA ?? (@AtletMalaysia) December 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan pingat emas yang kelima buat Malaysia dalam temasya dwitahunan itu kali ini, sekali gus mempertahankan emas yang diraih Loh Jack Chang di Kuala Lumpur dua tahun lalu.