Woods ingin kembali sebagai pemain golf separuh masa

Muzaffar Musa
November 30, 2021 05:02 MYT
Tiger Woods berharap dapat kembali ke arena golf profesional selaku pemain separuh masa dan mendedahkan bahawa dia pernah berasa takut kakinya terpaksa dipotong susulan kecederaan serius yang dialaminya dalam satu kemalangan jalan raya pada Ferbuari lalu.
Woods mengalami keretakan terbuka (open fractures) di bahagian tibia dan fibula kanannya sewaktu kemalangan di California itu dan pemain berusia 45 tahun berkenaan menjelaskan bahawa ada risiko untuk dia kehilangan kakinya.
Juara kejohanan utama 15 kali itu menerima bahawa dia tidak mungkin dapat kembali ke sukan itu secara sepenuh masa, namun percaya dia masih boleh bermain secara sederhana selepas kakinya pulih sepenuhnya.

Making progress pic.twitter.com/sVQkxEHJmq

— Tiger Woods (@TigerWoods) November 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya fikir apa yang ralisitik ketika ini adalah untuk bermain dalam Jelajah PGA satu hari nanti -- bukan secara sepenuh masa, itu tidak mungkin -- tetapi memilih antaranya seperti yang Encik (Ben) Hogan lakukan," kata Woods kepada Golf Digest.
"Pilih beberapa kejohanan dan bermain sekitar itu.
"Ia realiti yang malang tetapi itulah realiti saya. Saya tidak katakan ia 50-50 tetapi ada satu ketika saya hampir keluar daripada hospital dengan kehilangan sebelah kaki," katanya.
#Tiger Woods #Golf #Golf Jelajah PGA