Wimbledon: Novak Djokovic atasi Stan Wawrinka, lolos ke pusingan keempat

Ammar Hakim
Julai 8, 2023 05:54 MYT
Novak Djokovic menewaskan Stan Wawrinka dalam saingan Wimbledon untuk menempah tempat ke pusingan keempat.
Perlawanan Djokovic-Wawrinka bermula lewat satu jam susulan pertarungan di antara Andy Murray dan Stefanos Tsitsipas yang diheret sehingga lima set, namun Djokovic berjaya menamatkan perlawanan dengna kemenangan 6-3, 6-1, 7-6 (5).

Another one.@DjokerNole equals Pete Sampras' 31 consecutive match wins at #Wimbledon pic.twitter.com/Q0MhZBhSOy

— Wimbledon (@Wimbledon) July 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan kemenangan ke-31 berturut-turut untuk Djokovic di All England Club, menyamai prestasi terbaik Pete Sampras, dan juara tujuh kali itu berkata, “Dia hanya memerlukan dua mata untuk melanjutkan perlawanan ini ke hari lain. Saya mengetahui ia adalah perlawanan yang sengit.
“Saya tahu saya sentiasa boleh bermain lebih baik, saya sentiasa mempunyai beberapa gear yang saya boleh pergi lebih tinggi. Semoga semasa kejohanan berlangsung saya boleh bermain dengan lebih baik dan lebih baik.”
#Novak Djokovic #Wimbledon #Stan Wawrinka