Penilaian awal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) terhadap Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun, Terengganu mendapati venue itu boleh diletakkan dalam Kategori 4 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Ini bermakna, Velodrom yang menelan kos RM 11 juta itu tidak akan menganjurkan sebarang kejohanan antarabangsa.

Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, berkata: "Ini adalah sebuah venue terbuka yang saya percaya dibina bagi tujuan melahirkan bakat-bakat baru. Ia lebih kepada fasiliti latihan.

"Dalam spesifikasi UCI, terdapat empat kategori sedia ada bagi setiap velodrom di seluruh dunia, iaitu Kategori 1, 2, 3 dan 4.

"Velodrom ini, mungkin boleh diletakkan dalam Kategori 4 berdasarkan penilaian pihak PKBM sendiri.

"Untuk makluman, Kategori 4 boleh menganjurkan kejohanan peringkat negeri sehingga ke peringkat kebangsaan," katanya.

*Kredit foto: Facebook Azizulhasni Awang