Tyson bersiap hadapi Jones Jr September depan

Shaiful Shamsudin
Julai 24, 2020 03:52 MYT
Mike Tyson akan kembali bertinju dalam pertarungan pertunjukan menentang Roy Jones Jr, September depan.
Bekas juara kelas berat dunia berusia 54 tahun itu akan berdepan Jones dalam pertarungan siaran berbayar dan melalui pelantar media sosial, Triller.
Pertarungan terakhir melibatkan Tyson adalah dalam kekalahan kepada Kevin McBride pada 2005 sementara lawannya yang berusia 51 tahun itu tidak pernah bertarung sejak 2018.
Pertarungan, yang berlangsung dalam lapan pusingan itu, akan berlangsung pada 12 September depan.

I. AM. BACK. #legendsonlyleague. September 12th vs @RealRoyJonesJr on #Triller and PPV #frontlinebattle @TysonLeague pic.twitter.com/eksSfdjDzK

— Mike Tyson (@MikeTyson) July 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia seperti kisah pertarungan di antara (Nabi) Daud dan gergasi. Dia adalah gergasinya," kata Jones Jr dalam siaran video.
"Saya adalah Daud yang hanya mengharapkan (pertolongan) tuhan di sisi saya. Itu sahaja yang saya perlukan."
Tyson merupakan juara kelas heavyweight dari 1987 hingga 1990 apabila memenangi 50 daripada 58 pertarungan profesional melibatkanya, 44 daripadanya menyaksikan lawannya tumbang.
Jones Jr, yang menyatakan minatnya berentap dengan Tyson bulan lalu, merupakan pemegang empat gelaran divisyen berbeza yang menyaksikannya memenangi 66 daripada 75 pertarungan sepanjang kerjayanya.
#Tinju #Mike Tyson #Roy Jones Jr