Jurulatih Argentina, Sergio Hernandez, memuji Luis Scola selepas membantu pasukan meraih kemenangan 97-77 ke atas Jepun dalam memastikan tempat ke pusingan kalah mati acara bola keranjang lelaki.

Berikutan kekalahan berturut-turut, Argentina perlu mengatasi wakil tuan rumah dalam aksi terakhir Kumpulan C untuk layak ke suku akhir sebagai salah satu pasukan ketiga terbaik.

Scola berjaya memimpin pasukan. Penyerang veteran itu meraih 23 mata dan turut meraih 10 rebound ketika pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2004 itu menang, layak untuk bertemu Australia.

Masih lagi beraksi ketika berusia 41 tahun, Olimpian lima edisi itu menggembirakan Hernandez.

"Dia seperti tidak masuk akal. Seorang yang berkerja keras dan tidak pernah berhenti berusaha. Saya berasakan tidak pernah berhenti sejak 25 tahun yang lalu," katanya.

"Saya pasti saya bukan jurulatih yang sama tanpa dia. Bukan untuk 23 mata [menentang Jepun], tetapi untuk kepimpinannya. Saya sangat menghargai kemampuannya."