Tokyo 2020: Nur Shazrin tergelincir ke tangga ke-11

Muzaffar Musa
Julai 25, 2021 06:53 MYT
Pelayar negara, Nur Shazrin Latif, tergelincir ke tangga ke-11 keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan kedua acara laser radial wanita di tempat ke-25 sebentar tadi.
Selepas menamatkan perlumbaan pertama di tempat ketiga tengah hari tadi, momentum itu tidak dapat diteruskan atlet berusia 23 tahun berkenaan apabila bergelut sejak awal perlumbaan untuk sampai ke mark pertama di tangga ke-33.
Bagaimanapun, pelayar negara itu mula memperbaiki kedudukannya sedikit demi sedikit untuk sekurang-kurangnya membawa bekalan yang lebih selesa ke perlumbaan berikutnya.
Seterusnya, perlumbaan ketiga daripada keseluruhan 10 dijangka akan berlangsung petang esok.
Dalam edisi di Rio pada 2016, Nur Shazrin menduduki tangga ke-33 daripada 37 pelayar.
#Pelayaran #Sukan Olimpik Tokyo #Nur Shazrin Latif