Jurulatih skuad bola keranjang Amerika Syarikat, Gregg Popovich, menegaskan kekalahan pasukannya kepada Perancis dalam perlawanan pertama Sukan Olimpik Tokyo tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang mengejutkan.

AS memenangi tiga pingat emas dalam tiga edisi terdahulu, namun menyaksikan rekod 25 kemenangan dalam kejohanan berakhir selepas tewas kepada Perancis.

Les Blues, yang turut mengatasi AS dalam suku akhir Piala Dunia 2019, merupakan apsukan di ranking ketujuh FIBA tetapi membuktikan terlalu kuat buat pasukan utama dunia dengan kemenangan 83-76 di Saitama Super Arena.

Walaupun pasukannya sudah lama tidak tewas dalam Sukan Olimpik, Popovich -- yang mengambil alih pertandingan dalam temasya pertamanya -- dengan cepat meletakkan keputusan ini dalam beberapa perspektif.

"Orang tidak boleh terkejut bahawa kami kalah kepada Perancis atau pasukan Australia atau pasukan Sepanyol atau pasukan Lithuania," katanya kepada wartawan.

"Tidak kira siapa - jurang kemampuan mengecil setiap tahun, kerana terdapat lebih banyak pemain hebat di seluruh dunia.

"Dan anda perlu memberi penghargaan kepada pasukan Perancis untuk bermain dengan baik. Mereka lebih konsisten daripada kami di kedua-dua bahagian gelanggang. Semudah itu."