Tokyo 2020: Durant ketuai AS menangi emas bola keranjang

Muzaffar Musa
Ogos 7, 2021 09:55 MYT
Kevin Durant menyinar ketika pasukan Amerika Syarikat (AS) memenangi pingat emas keempat berturut-turut acara bola keranjang lelaki Sukan Olimpik selepas menewaskan Perancis 87-82 hari ini.
Rekod tertinggi 29 mata yang dikumpulkan bintang Brooklyn Nets itu memastikan AS membalas dendam atas kekalahan kepada lawan sama di peringkat kelayakan.
Ia bermakna AS mengekalkan rekod cemerlang di peringkat Sukan Olimpik, di mana Durant turut merangkul pingat emas ketiganya dalam temasya itu.
Jayson Tatum turut cemerlang dengan 19 mata manakala Perancis pula memiliki lima pemain merekodkan mata dua angka tetapi hanya Rudy Gobert dan Evan Fournier mengumpulkan lebih daripada 16 mata.
AS mendahului 71-57 dalam suku ketiga tetapi Perancis bangkit merapatkan kedudukan sehingga menjadi 73-70 pada 5 minit 42 saat terakhir dalam suku keempat susulan kejayaan Frank Ntilikina membenam tiga mata.
Perancis sekali lagi mengejar kedudukan kepada 85-82 dalam 10 saat terakhir tetapi faul yang dilakukan Gobert ke atas Durant menyaksikan bintang AS itu memanfaatkan kedua-dua lontaran percumanya.

GOLD IS COMING HOME! ?????? ?? #Tokyo2020 ?? pic.twitter.com/xAK5HT4fZ7

— USA Basketball (@usabasketball) August 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kevin Durant #Perancis #Amerika Syarikat #Bola Keranjang #Sukan Olimpik Tokyo 2020