Tokyo 2020: Bintang BMX kemalangan alami pendarahan otak, dipindahkan ke ICU

Muzaffar Musa
Julai 31, 2021 07:11 MYT
Pelumba BMX Ameria Syarikat (AS), Connor Fields, telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami pendarahan otak berikutan kemalangan yang dialaminya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.
Atlet berusia 28 tahun itu, yang memenangi pingat emas dalam edisi di Rio pada 2016, terjatuh daripada basikalnya dalam kemalangan besar yang turut melibatkan dua pelumba lain -- Twan van Gendt dari Belanda dan Sylvain Andre dari Perancis.
Fields diusung keluar litar dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans, di mana ibunya, Lisa Fields, selepas itu mendedahkan bahawa dia mengalami "kecederaan kepala dengan pendarahan otak yang mungkin memerlukan pembedahan".
Perkara itu kemudian disahkan oleh USA Cyclings, yang berkata bahawa doktor memaklumkan bahawa Fields mengalami pendarahan otak.

We are pleased to report that @connorfields11 has been moved out of the critical care unit here in Tokyo after his crash in the Olympic BMX Racing semifinals. More on Connor's condition: https://t.co/ndCGOkRUnn pic.twitter.com/UGBsLZQfN8

— USA Cycling (@usacycling) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkhabaran lebih positif diperoleh hari ini di mana Lisa berkata dia masih menunggu makluman mengenai bintang AS itu sambil mendedahkan bahawa anaknya mungkin tidak perlu menjalani pembedahan buat masa ini.
Dengan ketiadaan Fields dalam final, pelumba Belanda, Niek Kimman, muncul pemenang pingat emas acara BMX.
#Berbasikal #Sukan Olimpik Tokyo 2020