Tokyo 2020: Bintang BMX AS dikejarkan ke hospital selepas kemalangan

Muzaffar Musa
Julai 30, 2021 10:24 MYT
Pelumba Amerika Syarikat (AS) Connor Fields, diusung ke luar litar dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans selepas mengalami kemalangan dalam perlumbaan suku akhir acara BXM Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Pemenang pingat emas dalam edisi di Rio pada 2016 itu terjatuh sebelum selekoh pertama yang padat dengan ramai pelumba, di mana dua peserta lain turut terbabas bersamanya -- Twan van Gendt dari Belanda dan Sylvain Andre dari Perancis.
Van Gendt berkata mengenai insiden itu: "Saya mendarat selepas melakukan lompatan dan terdapat dua perlumba yang sudah berlanggar di depan saya dan tiada tempat lain untuk saya tuju.
"Saya telah berlumba dengan mereka hampir keseluruhan hidup saya. Ia perlumbaan yang sukar. Kami berlumba dengan gigih seperti yang anda dapat lihat. Kami semua berluma sehabisnya dan inilah yang boleh berlaku. Saya gembira keadaan saya agak baik. Kita akan lihat bagaimana keadaannya selepas ini," katanya.

Sending hugs to Connor Fields and Saya Sakakibara after they crashed out of the cycling BMX racing semi-finals. We're thinking of you!

— Olympics (@Olympics) July 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perlumbaan akhir acara itu, pelumba Belanda, Niek Kimmann, memenangi pingat emas sementara wakil Britain, Kye White, memenangi pingat perak manakala gangsa menjadi milik Alberto Ramirez dari Colombia.
#Berbasikal #BMX #Sukan Olimpik Tokyo 2020