Atlet pecut meningkat naik negara, Azreen Nabila Alias, berperang dengan masa untuk memperbaiki teknik larian khususnya dari di penghujung perlumbaan sebelum bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo pada 25 Julai depan.

Atlit kelahiran Setiu, Terengganu, berusia 21 tahun itu komited untuk memperbaharui catatan terbaiknya, 11.81s, yang dilakar dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Untuk rekod, Azreen Nabila yang akan berlari atas tiket peluang khas mencatat masa 12. 00s ketika merangkul emas 100m Grand Prix Malaysia, April lalu.

"Saya berlatih seperti biasa iaitu satu atau dua sesi sehari.

"Tumpuan saya ketika ini ialah teknik larian terutama di bahagian penghujung larian.

"Tubuh akan dikira menyentuh garisan penamat terlebih dahulu tapi biasanya kaki saya sampai lebih awal.

"100m 10s dan 11s tapi berlatih macam nak mati. Hajat untuk memperbaiki catatan masa bukan mudah walaupun sesaat," katanya dalam Nadi Weekend sebentar tadi.