Jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, sebagai menyifatkan juara dunia, Harrie Lavreysen pencabar utama pingat emas dalam acara pecut individu dan keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjelang acara berbasikal trek, Rabu depan.

Pelumba dari Terengganu itu akan mula menjalani sesi latihan rasmi di Velodrom Izu, esok.

"Pelumba yang paling perlu diberi perhatian sudah tentulah pelumba Belanda, Harrie Lavreysen, yang merupakan juara berganda dalam Kejohanan Dunia di Berlin yang lalu.

"Bagaimanapun, saya pernah berlumba dengannya dalam beberapa kejohanan dunia. Dia tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan dia pernah dikalahkan, itulah (senario) berbasikal trek," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.




Tuan rumah tidak dapat mempertaruhkan pelumba nombor satu dunia, Tomohiro Fukaya, sebaliknya mengetengahkan Yuta Wakimoto dan Yudai Nitta.

Sebelum ini, pemenang dua pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia itu dan rakan senegara, Firdaus Shah Sahrom, menegaskan hanya memberi tumpuan kepada prestasi sendiri untuk bersaing kelak.

"Setiap kali menyertai kejohanan, saya akan cuba sehabis baik dan berharap ia akan membutirkan pingat kelak. Insya-Allah, sama-sama kita doakan.

"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan tapi apa yang saya tahu bahawa saya boleh buat yang terbaik, berdoa, tawakal dan berusaha.

"Insya-Allah hasil berkat doa semua, khususnya ibu bapa dan penyokong-penyokong akan mempermudahkan prosesnya kelak."