Terjun: Tiada tekanan buat Pandelela

Penulis Jemputan
Ogos 28, 2017 09:41 MYT
Penerjun negara, Pandelela Rinong, seperti dijangka meraih pingat emas dalam acara 10 meter platfom Sukan SEA Kuala Lumpur di Pusat Akuatik Nasional, sebentar tadi.
Selepas meraih pingat emas dalam acara berpasukan campuran ketika bergandingan dengan Gabriel Gilbert, kini Pandelela sekali turun mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi dua tahun lalu.
Ternyata saingan di Asia Tenggara bukan halangan buat Pandelela, yang mempamerkan terjunan kemas bagi mengumpul 341.65 mata, mengetepikan pencabar terdekat dari Singapura, Freida Lim (274.65 mata).
Seorang lagi penerjun negara, Kimberly Pong Qian Ping, yang beraksi menggantikan Nur Dhabitah Sabri kerana mengalami kecederaan, memenangi pingat gangsa.
"Saya rasa sangat gembira kerana dapat pertahankan emas ini, ia bukan senang nak dipertahankan," kata Pandelela selepas kemenangannya.
"Saya lebih tenang kali ini berbanding temasya lalu. Saya cukup gembira dengan pingat emas ini," kata penerjun dari Sarawak itu yang sudah menghabiskan acaranya dalam temasya kali ini.

#KL2017 Diving 10m Platform (W) Pingat Emas ? untuk @Pandelela_R! Catat 341.65 mata keseluruhan. Cemerlang! ✊?? #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/jhun8t528f

— Team Malaysia (@TeamMsia) August 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
#Malaysia #KL2017 #Pandelela Rinong #Terjun