Terjun: Mun Yee masih berbisa

Penulis Jemputan
Ogos 30, 2017 02:44 MYT
Penerjun berpengalaman, Leong Mun Yee, mempamerkan aksi cemerlang ketika bergandingan dengan Traisy Vivien bagi menyumbangkan emas acara 10 meter platform seirama wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Akuatik Nasional, sebentar tadi.
Selepas meraih pingat emas dalam acara 10m platform seirama campuran ketika bergandingan dengan Jellson Jabillin, pagi ini Mun Yee sekali lagi turun bersama Traisy dalam acara 10m platform seirama wanita pada hari terakhir temasya KL2017 ini.
Pusat Akuatik Nasional, KL Sports City sekali lagi menyaksikan persembahan yang mantap daripada Mun Yee bagi memburu pingat kedua dalam edisi kali ini.
Tidak menghadapi sebarang tentangan, Mun Yee-Traisy melakukan lima terjunan yang kemas bagi mengumpul 300.86 mata untuk memenangi pingat emas. Gandingan Singapura, Freida Lim-Myra Lee, mengakhiri saingan di tempat kedua (256.71 mata) manakala Surincha Booranapol-Titipon Tonapho dari Thailand di tempat ketiga (233.34 mata).

MAS athletes for Women 10M Platform Synchro Leong Mun Yee Traisy Vivien#BangkitBersama #CiptaSejarahBersama #KitaJuara #KL2017 pic.twitter.com/hgIbd2sVHS

— iM4U fm 107.9 (@iM4Ufm) August 30, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasa sangat gembira kerana kali ini saya bergandingan dengan Traisy. Saya berpuas hati kerana dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Singapura," kata Mun Yee.
"Pingat emas ini bukan mudah kerana kami diberikan saingan oleh pasangan Singapura. Sebelum kejohanan bermula, Traisy mengalami kecederaan, jadi kami gembira kerana dapat pertahankan pingat emas."
"Saya agak gementar, jadi saya amat berterima kasih kepada Mun Yee kerana telah membantu saya selama empat tahun ini," kata Traisy.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
#Malaysia #KL2017 #Terjun