Terjun: Mun Yee-Jellson tepati ramalan raih emas ke-11

Penulis Jemputan
Ogos 29, 2017 12:34 MYT
Skuad terjun negara, menerusi Leong Mun Yee dan Jellson Jabillin, meraih pingat emas ke-11 apabila menguasai acara 10m platform seirama campuran Sukan SEA Ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, KL Sports City, sebentar tadi.
Pasangan itu menghimpun markah keseluruhan 311.94 mata untuk jauh meninggalkan tiga pencabar.
Lim Shen-Yan dan Jonathan Chan dari Singapura yang berada di tempat kedua hanya mengumpul 278.28 mata, sekaligus memperoleh perak.
Gandingan Indonesia, Della Dinarsari Harimurti dan Andriyan, meraih pingat gangsa selepas mengutip keseluruhan 244.32 mata.
Malaysia dijangka berjaya menepati sasaran 13 pingat emas, dengan dua lagi acara bakal dipertandingkan esok.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
#Malaysia #KL2017 #Leong Mun Yee #Sukan SEA ke-29 #Jellson Jabillin