Terjun: Amsyar lakar kejutan raih emas

Penulis Jemputan
Ogos 28, 2017 11:14 MYT
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman, mengetepikan rakan senegara, Ooi Tze Liang, untuk meraih pingat emas dalam acara 1 meter papan anjal sebentar tadi.
Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil terus menjadi lubuk pungutan pingat emas buat Malaysia yang diteruskan menerusi acara 1 meter papan anjal lelaki.
Amsyar, yang meraih tempat kedua dalam saingan 3m papan anjal, mempamerkan terjunan yang mantap untuk memungut 384.00 mata bagi mengesahkan emas manakala rakan senegara, Tze Liang, di tempat kedua dengan 368.60 mata.
Penerjun Singapura, Mark Lee Han Ming, meraih gangsa dengan catatan 350.55 mata.
Ini merupakan kali pertama acara ini sekali lagi dipertandingkan sejak 10 tahun lalu yang dimenangi oleh Yeoh Ken Nee (416.05 mata).

Penerjun #TeamMAS Amsyar Azman raih pingat EMAS acara 1. papan anjal individu lelaki dgn catatan 384 mata! Tahniah! #CiptaSejarahBersama pic.twitter.com/svTILeAJvf

— #TeamMAS (@myTeamMAS) August 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, satu lagi emas diraih menerusi acara 3m papan anjal berpasukan campuran oleh Jasmine Lai Pui Yee dan Muhammad Syafiq Puteh.
Mereka berjaya memungut 284.94 mata untuk meraih emas, diekori oleh Ashlee Tan Yi Xuan-Joshua James Chong 243.84 mata dan di tempat ketiga, Vu Anh Duy-Ngo Phuong Mai dari Vietnam (234.45 mata).
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
#Malaysia #KL2017 #Terjun